salji

Saturday 2 November 2013

#3

     Assalamualaikum. holla.. ;) hari ni arin rasa macam tetibe je nak merapu sikit dekat blog ni.. hahaha. sedar tak sedar, sekarang ni dah dekat akhir tahun dah kan? sekejap je masa berlalu. and... sudah tentulah spm pun dah semakin dekat!!!! ouh, tidak! macam ni? huhu. exam akhir tahun pun dah rasa macam setengah nyawa je. sobs. memang betul laa apa yang orang cakap, masuk aliran sains ni bukan main-main woooo.. kalau dah masuk tu, kena belajar betul-betul.. hmmmm... ntah laaa.. arin dah la ambik 11 subjek! 11 tu woi.. masih tak sedar diri lagi arin ni.. ish3.. sebenarnya susah sangat ke ni nak dapatkan 11A?? susah tahap tak ingat ke ek? ermmm.. mari kita kaji satu persatu....

1) Pendidikan Al-Quran dan As-sunnah.
hah, subjek ni kan kalau orang tak dapat A memang tak tahu laa kan camne. arin rasa ni laa antara subjek yang arin senang nak skor.. hehe.. arin suka belajar subjek ni..:) best! and.. sangat-sangat berguna..:) bila dah belajar subjek ni, banyak yang selama arin tak pernah tau, hah terpampang je depan mata! hihi. baru tau pasal cara nak tentukan hadis sahih, hadis hassan, hadis daif and macam-macam lagi..:) memang sangat-sangat best! :) plus, bertambah laaa pengetahuan arin pasal ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis yang sering digunakan.. hehe.. so, kena ingat ni betul-betul arin.. spm nanti, kau kena dapat A+ jugak untuk subjek ini! come hell or high water! ingat tu! :)

2) Pendidikan Syariah Islamiah.
another hah! hehe :) ni pun antara subjek yang paling best sangat-sangat! :) cuma kena rajin baca laa kan. hihi. psi ni memang la lagi susah sikit daripada aqs tadi but.. nak kena hafal sebab nuzul segala bagai.. but chill la kan.. ni pun antara subjek yang bagus jugak! and insya-Allah boleh dapatkan result yang bagus time spm nanti.. hehe.. ok, checked! another A+ for me. hahaha. :p

3) Biologi
hehe.. here dah datang dah subjek sains.. menjelma secara halus.. hahaha. belajar bio ni best laaa! serious! best sangat-sangat..:)  dalam banyak-banyak subjek sains, this is my subjek kesayangan. hahaha. arin memang minat sains actually. haha. but arin tak tahu lah why arin dapat B dalam sains time upsr dulu.. hmmm.. dah takdir kut.. hoho.. ok, back to bio.. ermm, bio ni memang laa best but nak skor tu memang laaaa sangat-sangat memerlukan kesabaran. yeah, kena expert every single chapter! yela, nak tulis esei ni weh.. ingat main-main ke? hahaha. nak tak nak, kena laa baham buku bio tu and not to leave any single line. hahaha. tak kisah laa kan, nasib baik arin sayang bio ni. hahaha. checked, another A+? yes, sure. :)

4) Fizik
yeay, en. fizik sudah datang. hahahaha. sorry dear, walaupun orang cakap fizik ni susah, aku tetap sayang kau fizik! hahaha. memang laa, kadang-kadang arin pun rasa cam nak ketuk kepala je bila nak kena ingat segala formula, nak hafal segala definisi.. fuuhhh.. take time jugak laa.. but, fizik ni not bad ape.. kan? kan? tak kisah laa.. janji arin bahagia dengan fizik.. hahaha.. fizik kira menarik ape.. kalau nak compare dengan kimia.. eh eh, kimia?? shhhh.. not here az.. don't spoil the fizik's mood.. haha.. ok, kira checked laa kan.. another A for me.. ;)

5) CHEMISTRY yang sangat laaa MISTERI.
.............. kimia, ouh kimia.. huhu.. kenapa lah kau ni membahagiakan sangat.. huhu.. add. math pun 2 kali ganda lagi senang daripada kau.. hahaha.. mula-mula arin memang kinda hate.  eh bukan, dislike je.. hahaha.. dengan cik kimia ni.. but arin ingat cikgu arin pernah cakap "kimia ni memang laa susah but kalau korang usaha betul-betul, insya-Allah. kimia tak boleh belajar last minute. kalau tak, memang laa han-cuss. cuba korang fikir, kenapa agak-agaknya kita kena belajar kimia ni? hah, sebab Allah nak kita tahu betapa besarnya kekuasaan-Nya. kimia ni sikit je berbanding segala ilmu yang Allah ada. kimia ni tak sampai sebesar zarah pun berbandingkan ilmu Allah s.w.t. jadi, sebagai hamba-Nya kita sepatut-Nya take note dengan semua ni. belajarlah dengan ikhlas. baru kita tahu, betapa hebatnya Allah s.w.t. Allah jadikan manusia ni mempunyai akal fikiran. Allah tak kan suruh kita buat benda yang tak akan mungkin boleh kita lakukan. kita ni je yang kena ubah mindset kita. tak ada yang mustahil. cuma manusia je yang tak nak berusaha.' hah, lepas dah dengar semua ni, i kinda insaf la jugak. ok, maybe arin just kena berbaik-baik dengan cik kimia ni. rajin-rajin lawat dia, tanya khabar, call-call selalu.. lama-lama dah jadi macam darah daging laa kan? huhu.. ok, i'm giving my best! ok, another A for me. at least A- for cik kimia.. ;')

6) Additional Mathematics.
hye, add math di sini. haha. kadang-kadang add math ni nampak macam tak ada laa susah mana.. but sekali dah try buat tu, hah ambik kau! haha. arin rasa add. math ni tak susah mana kut sebenarnya.. ;p cuma kena sangat-sangat RAJIN la kan buat latihan.. baru tinggal 3 hari tak buat add. math ni, plus pulak dengan memang dah tak jengok dah, memang byebye laa.. nak loading dalam otak tu punya laa lembap gi-la. haha. but nothing is impossible kan? kena usaha je. masih lagi berharap pada en. add. math ni.. walaupun hakikatnya arin nak dapatkan B tu pun punya laa susah.. erm, tak pe lah. janji tak gagal. hahaha ;p kalau terus tembak add math ni, lama-lama mesti down jugak kan? so, checked la ku. at least another A- for me. hahaha. A- je arin? ;p ok laa ni, ADD MATH tu. haha. 

7) Mathematics.
ok, setelah penat membahas soal add math tadi, rasanya mathematics ni should be no probs la kan? kau, kalau math pun tak dapat A, jangan mimpi laa nak lulus add math. hahaha. ;p math ni memang kena terbaik laa kalau nak dapatkan add math A. ermmm.. kawan arin dapat add math A. hah, dia boleh! kenapa pulak arin tak boleh kan? soooo, checked! A+ untuk mathematics! :)

8) Sejarah.
hahahahaha. boring? memang laa.. tambah kalau baca tajuk yang memang macam hape je kan.. otak sains macam arin ni bukan boleh terima sangat sejarah2 ni.. hahaha. but, sekurang-kurangnya arin ada penawar.. hehe.. apakah itu? tajuk sejarah Islam! ahah! arin paling suka tajuk-tajuk yang berkait dengan semua ni.. kalau bukak buku sej, ni laaa yang arin hadap dulu. hahaha. :) sej ni ok je sebenarnya. ok je.. yakinkan diri anda! haha.. kena sediakan otak and.......hadam! hahaha. tak kira laa, nak terbalik sekali pun kena hadam sej ni, spm nanti sej ni kena A jugak! yes! :)

9) Bahasa Melayu.
ehem2.. sudah terang lagi bersuluh bahawa anda, nor azreen binti ahmad johari adalah eh ialah berasal daripada bangsa melayu sendiri.. oleh hal yang demikian, amatlah mendatangkan aib kepada diri dan negara sekiranya saudari tidak mendapat A dalam subjek ini. hah, keluar dah ayat berbunga, berpucuk aq! haha. ok, checked! A+ for bahasa melayu! :)

10) Bahasa Inggeris
hello, miss arin's here. don't talk to me with bahasa inggeris na.. arin punya eng memang kinda hancur jugak laa. hahahaha! grammar pun berterabur! aq rasa macam bahasa arab lagi senang daripada eng ni. ;p hahaha, tapi pape pun, i can't deny laa yang eng ni pun significient jugak.. susah an kalau tak tahu eng ni? so, i'll did my best la to improve my eng. :) hentam saja lah kan.. hahaha. ok, checked! A for my english. :)

11)  Bahasa Arab Tinggi :)
haha, ni laa satu-satunya subjek yang memang arin letak smile kat tepinya.. :) arin sukaaaaa sangat-sangat belajar bahasa arab ni..:) best! hahaha. walaupun arin tak ada lah pro sangat dalam bahasa arab ni tapi peduli ape kan? hati dah suka.. hahahaha. arin nak belajar laa bahasa arab ni betul-betul..:) kalau boleh, arin nak ajar bahasa arab ni satu hari nanti. hikhik. ok, maybe sekarang bahasa arab arin tak de la hebat mana an.. but, wait laaa.. satu hari nanti, nganga je korang dengar arin cakap arab.. hahaha.. sebenarnya... arin... rasa macam nak je pergi jordan.. huhuhu.. kalau nak pergi jordan, bahasa arab memang kena flow + mantap la kan.. kalau tak memang merana laa nanti.. hahaha. ermm.. ntah laa.. arin still considere about nak pergi jordan tu.. masih keliru sebenarnya.. hmmmm.. apape pun, arin suka bahasa arab! and i'll make sure that spm nati bahasa arab arin akan dapat A+! hah, tinggi gi-la impian tu. but, i knew i can do it.. yes, i can! :)

ok, selesai sudah mengakaji ni.. so?? 11? amacam? kasi jalan laa ek.. hahaha.. insya-Allah.. kena study betul-betul, jangan putus asa, believe in urself, keep the spirit with u, doa, do the best and then tawakal! that is all that we need..:) di mana ada kemahuan, di situ ada jalanya..:) yes, never lose hope arin..:) go, go! jordan, wait for me hah..:) hahaha.. insya-Allah.. :)

No comments:

Post a Comment