salji

Thursday 31 October 2013

#2

Assalamualaikum..:) time cuti sekolah ni memang bosan betul la.. arin lagi suka pergi sekolah.. haha.. weird huh? i don't care.. i looovvee my school! heh.. ok2, ari ni arin just nak cerita something.. erm, hari tu kwan eh kawan arin cakap...

"tak ada istilah perempuan nasihatkan lelaki yang tiada ikatan yang sah or bukan muhrim"

ouh, ok.. i got that.. arin tersentap jugak laa masa dengar benda.. tu but betul cakap kawan tuh.. lelaki and perempuan yang bukan muhrim pun memang sepatutnya tak perlu berinteraksi pun kalau tak ada benda penting yang perlu dibicarakan.. maybe arin memang patut lebih jaga semua ni.. huhuhu.. sobs.. kadang-kadang arin pun terbabas jugak.. arin just manusia biasa.. but, thanks sahabat sebab ingatkan arin! :) you are the best! :) arin akan ingat ni selalu.. insya-Allah.. kawan arin tu ada cakap lagi...

"dia tak perlu mintak nasihat kita.. dia lelaki, sepatutnya dia mintak nasihat  orang yang lebih pakar. and semestinya orang tu lelaki. lelaki adalah pembimbing. kita kena elak semua ni kerana sedikit sebanyak benda ni boleh membawa ke arah zina. paling kurang yang kita tidak sedar ialah zina hati. which is zina yang berbahaya sebab kita mungkin tak akan sedar dengan benda tu."

hmmmm... lepas arin dah dengar semua ni.. i kinda realized laah.. that kita memang betul-betul kena jaga ikhtilat kita.. tak boleh terlalu open sangat dengan lelaki.. too peramah? should not eh? ok.. hmmm..

arin cerita semua ni sebab arin nak share information ni kat korang.. kita tak lari daripada khilaf and melakukan kesilapan.. standard lah tu sebagai manusia.. tapi kita kena cepat2 betulkan balik.. and, kadang-kadang mungkin kita nak lakukan sesuatu tu, tujuan kita baik.. cuma.. mungkin cara kita tu tak kena pada tempatnya.. huhuhu.. #muhasabah.

Wednesday 30 October 2013

#1

    Asslamualaikumm.. hahaha.. kalau minggu exam ni memang laahh.. asyik duk hadap buku jela.. hahaha.. hari tu masa bacaan yasin dekat sekolah.. kawan arin ada tegur arin and kawan-kawan arin yang lain.. time tu bacaan yasin dekat dataran sekolah.. and ada antara kita orang yang tak boleh baca yasin.. so, ape lagi.. kita orang baca buku lah kan.. yela, lepas tu exam sejarah kut! paper 2 lagi tu.. masa bacaan yasin dah nak start, kita ni duk hadam lah buku yang depan mata tu.. mengingat fakta segala bagai.. then tetibe sorang kawan arin ni tegur tau.. dia cakap..

"jangan baca buku time bacaan yasin. nanti ilmu tak berkat. walaupun tak boleh baca, tak apa. dengar je. pasal exam tu, jangan risau. insya-Allah Allah bantu"  

ok, breatheless kejap....fuuuuhhh.. masa arin dengar tu, arin malu sangat-sangat.. baru tahu rupa-rupanya macam tu.. lepas tu kita orang pun apa lagi, tutup laah buku.. bila pikirkan balik, memang betul apa kata kawan arin tu.. kita sepatutnya hormatkan bacaan yasin.. tak patut buat benda lain time bacaan ayat al-Quran.. astaghfirullah.. walaupun time tu hati duk berlawan nak baca buku jugak.. yela, nak karang esei sejarah ni.. but, bila ingatkan yang janji Allah tu pasti, hati terus lawan and arahkan untuk terus tutup buku! benda macam ni tak boleh nak buat main-main.. so, lepas dah habis semua tu.. redha sajalah.. hahaha.. banyak lagi fakta yang tak sempat dibaca.. but time ambik exam tu, alhamdulillah.. dapat jawap semua soalan sejarah tu..:) and insya-Allah dengan baik.. hehehe.. tunggu je lah result macam mana nanti.. salah sendiri gak! orang baca buku sebulan before exam, arin ni dah nak exam baru nak beramah mesra dengan buku.. hahaha.. but, arin betul-betul berterima kasih sangat-sangat kepada sahabat arin yang ingatkan arin tu.. syukran kasiran sahabat kerana mengingatkan! :) a good friend, indeed.. :) lepas ni arin akan ingat sampai bila-bila that no more buat kerja lain bila berada di dalam majlis yang membacakan ayat-ayat alQuran! :) insya-Allah arin ingat selalu.. barakillah daiman.. :)

Monday 28 October 2013

Friday 25 October 2013

*Dreaming* "But..Impossible larh! Boleh ke?" Haish, Believe in Yourself!




Assalamualaikum.. hye.. hihihi.. yeaaah! exam dah nak habis!!.. tinggal lagi dua paper je lagi.. ^_^.. lega rasanya.. alhamdulillah.. :) ok, berbalik kepada tajuk kali ni.. hmmmm.. kadang-kadang kita selalu berangan nak capai macam-macam dalam hidup kita.. berangan nak itu laaa, nak ini laa... nak jadi macam orang tu laa, nak jadi macam ni laa.. but bila benda yang kita hajatkan tu nampak macam... errrmmm.. mustahil je... kita selalu cepat nak cepat mengalah kan?.. bila kita buat something tu, then tetibe je ada orang cakap..

 "eh, ko tak sesuai la buat bende ni"

 "eh, mana boleh! ko tak layak laaa"

 "hmphhh, ko tak akan boleh punya.. ko mana cukup hebat"

korang mesti rasa macam nak quit je kan?? tak pun mesti korang rasa macam down sangat-sangat kan??
betul tak? tambah kalau orang rapat dengan kita sendiri pun cakap....

"tak payah laaa.. buat laa benda lain.. banyak lagi kan.."

mesti kita rasa macam.....hopeless kan??
and akhirnya kita akan cakap......

"hmmm, tak pe laa.. mungkin ini laa penamatnya.. aku tak akan dapat capai benda tu..:'( aku tak mungkin boleh.."..

kaaaaaannnn?
betul tak? mesti kita akan rasa putus asa sangat-sangat...
rasa macam benda tu memang tak layak untuk kita capai...

but, buang laa semua tu JAUH-JAUH daripada fikiran korang...
why? sebab.. tak semestinya semua benda yang kita hajatkan tu takkan dapat kita capai...
kan pepatah melayu ada cakap "di mana ada kemahuan, di situ ada highway".. haha..

kalau korang betul-betul nak gapai benda tu, korang kena usaha..
jangan sekali-kali putus asa! memang laa mula-mula kita akan nampak benda tu macam... mustahil je nak capai.. memang.. first2 kita akan rasa macam tu... but, think positif beb!.. itu laa namanya CABARAN.. kalau kita tak lalui cabaran, kita tak akan rasa manisnya impian yang dah kita capai tu.. Allah dah tetapkan semuanya... kadang-kadang bila kita nak benda tu, macam-macam kita usaha.. tapi tak dapat-dapat jugak..
penat kita buat tu laa, buat ni laa.. tapi hasilnya? almost tak ada.. malah, lagi kita usaha, lagi laaa rasa macam takkan jadi punya..

time tu...mesti kita dah set dalam otak..
"ok, that is it. takat ni je aku boleh tahan.. mungkin sampai sini sajalah.. byebye.."

right? hah, jangan laaah rasa macam tu...
nak berjaya ni memang susah sahabat....
kadang-kadang mungkin kita tak dapat capai benda tu sekarang..
but ingatlah.. maybe Allah dah sediakan jalan yang lebih baik ke?
mana tahu Allah dah sediakan something yang far-far awesome daripada benda yang kita nak tu ke?
tak pun, mungkin Allah nak uji sejauh mana kita sanggup berkorban untuk capai cita-cita kita tu..
mana kita tau kan? semua tu rancangan Allah S.W.T..
kun fayakun.. kalau Allah nak bagi tu, sekelip mata je...
percayalah.. kena usaha, doa, and tawakal!...
but paling penting sekali.... don't give up! never!
kalau korang pernah ada impian and korang still rasa macam nak sangat-sangat-sangat-sangat capai benda tu, korang memang tak boleh give up.. serious... arin bukan cakap saja-saja je ni.. but.. in fact, arin cakap berdasarkan pengalaman arin sendiri...

Arin pun ada impian jugak..and dulu...impian tu memang nampak macam sesuatu perkara yang sangat-sangat-sangat mustahil untuk arin capai.. nak tahu kenapa? sebab.. mak arin tak suka arin terlibat dengan benda tu.. mak arin memang larang habis laa.. and wanna know what is it? it is all about... taekwondo..
huh? taekwondo? maybe sesetengah orang (arin tak cakap semua) akan anggap.. "apela sibuk sangat dengan taekwondo tu? bukan dapat apa pun.. pelik sungguh minah ni".. ya, mungkin orang akan anggap benda tu remeh je.. but bagi arin, it is a BIG, BIG thing yang tak kan arin lepaskan macam tu je.. never!

ok, ceritanya macam ni..(kalau sapa yang tak nak baca tu, tak yah laa baca.. sebenarnya arin pun segan nak cite.. and sorry, ceritanya panjang.. kalau larat, bacalah)

masa arin form 2 dulu, ada sorang kawan baik arin ni ajak arin masuk taekwondo dengan dia.. at first, arin memang laa macam.. " ape benda laa taekwondo ni kan"... but once arin dah join, arin betul-betul jatuh hati dengan martial art ni! memang laa susah nak practice semua tu, nak wat move dia laaa, nak sepak la, kena buat ni laa, tu laa.. but taekwondo memang best sangat-sangat.. serious.. and bila arin dah start suka taekwondo tu.. di situ laaa datangnya DUGAAN.. yeah.. tiga hari lepas arin pergi grading, arin terjatuh and siku kiri arin retak.. fuuuuuuhhh.. hanya Allah je yang tahu macam mana rasanya time tu.. memang seksa laa..  and disebabkan benda tu laa taekwondo dah jadi macam benda yang BAKAL lenyap daripada kamus hidup arin.. benda yang memang nampak sangat impossible untuk arin capai.. sangat-sangat impossible... arin memang tak nampak jalan keluarnya time tu..

setiap hari, arin cuba macam-macam cara untuk pujuk mak arin..
bayangkan, hampir setiap hari arin akan cakap and begging dekat mak arin..

 "maa, bagilaa akak masuk taekwondo balik"

"maa, boleh laa. tangan akak kan daa ok.."

"maa, boleh la, boleh laa.."

daripada arin form 2 sampai laa arin dah masuk form 3.. arin tak pernah putus asa.. tak pernah.. arin tak kan putus asa sebab seriously arin cakap..arin memang minat taekwondo sangat-sangat.. sangat-sangat..
time tu arin rasa mak arin mesti dah menyampah sbb asyik dengar benda yang sama je.. yela, sape yang tak menyampah kaan? hari-hari asyik mintak benda yang sama je.. hari-hari asyik sebut pasal taekwondo je.. sape laa yang tak rimas.. huhuhu, sorry laa mama.. mak pun arin asyik marah arin je.. mak arin selalu cakap benda-benda yang downkan arin.. sampai kadang-kadang arin memang rasa macam nak berhenti and stopkan je semua usaha arin tu.. yela, arin pun manusia jugak.. arin pun ada had-had nya jugak.. kata-kata mak arin tu sampai sekarang arin still fikirkan.. kadang-kadang arin memang wonder jugak kenapa laa arin ni jadi hantu taekwondo sangat.. mungkin taekwondo just don't suits me, right? ye ke macam tu? ntahlaa.. fikiran arin masa tu memang penuh dengan semua benda tu.. tapi, walau sakit macam mana pun time tu, walau hebat macam mana pun arin berperang dengan semua benda tu, hati arin memang tetap suruh arin usaha jugak sampai dapat.. arin kena usaha jugak sampai arin boleh join taekwondo balik.. yela, arin bru masuk taekwondo 2-3 bulan camtu then terus pergi grading.. lepas grading terus kena berhenti? mana boleh macam tu.. dah laa baru junior.. huhu.. lepas dah puas arin begging semua tu, last2 mak arin pun cakap..

 "dah, mak tak nak dengar kau cakap pasal benda tu lagi, kau mintak laa nak masuk apa pun, berenang ke ape ke, but.. bukan taekwondo. mak dah tak nak dengar kau sebut dah"

huhuhuhu..sobs..memang tak laa.. arin TAK NAK benda lain.. arin just nak masuk taekwondo balik je.. :'( huhuhu.. lepas mak arin dah cakap semua tu, arin memang dah stop laa jugak sebut pasal taekwondo2 ni.. but ketahuilah bahawa semangat arin memang tak pernah padam.. deep in my heart, arin yakin, mesti ada caranya.. mesti ada.. kalau arin tak boleh join sekarang, maybe time dekat u nanti ke? boleh je kan?  betul tak? walaupun arin tak masuk taekwondo time tu, arin memang selalu ambik tahu pasal taekwondo.. kalau dekat sekolah adik arin ada edarkan borang yang promote pasal taekwondo je, mesti awal2 lagi arin dah suruh adik arin ambikkan..haha ;p dari situ laa arin boleh tau apa perkembangan pasal taekwondo.. plus, kalau ada kt tv, jangan cakap laa kan, confirm kalau tau tu tak lepas nak tengok pnya.. haha.. memang macam tu laa arin.. mak arin pun dah naik pening dengan arin ni.. hikhik.. ape boleh buat.. arin kalau dah bersemangat.. memang payah.. satu hari tu arin baca newspaper.. then arin terjumpa cerita pasal sorang atlet taekwondo negara ni.. nama dia nurul asfahlina mohamed johari.. cehh, nama ayah dah nak dekat sama dah tu.. but she is way too awesome laa kan.. arin minat dia sangat-sangat.. teringin nak jadi macam dia.. :p haha.. berangan habis.. lepas dah jumpa article pasal asfahlina tu, arin terus tampal atas kad manila and tampal dekat dinding bilik arin.. tiap-tiap hari before tido arin mesti akn terpandang article tu.. and tiap-tiap kali tu laa arin akan terfikir "bila laa aku dapat masuk taekwondo ni balik.. susah sangat ke? tak layak ke? boleh ke aku jadi macam dia nanti?" and tiap kali tu laa arin akan rasa macam nak nangis.. yeah, memang nangis pun actually.. benda yang kita minat sangat-sangat tapi sayang kita tak dapat nak capai benda tu.. sad, huh? sobs..

ok, hari makin hari, PMR pun semakin menghampiri.. lepas je trial PMR tu, pengetua sekolah kita orang panggil semua calon PMR untuk buat 'aku janji' depan dia. woooww, memang dahsyat laaa time tu.. bayangkan ek, dia panggil sorang-sorang suruh duduk depan dia.. dia letak rotan yang memang tebal laa jugak dekat atas tangan kita orang (gaya macam nak rotan) depan cikgu, depan satu kelas pulak tu.. and tuan haji (pengetua. kita org panggil tuan haji) akan cakap (contoh ek) " nor azreen binti ahmad johari' then orang tu akan jawap "ya, saya" then tuan haji cakap "apakah pencapaian sebenar kamu dalam PMR nanti?" hah, sudah! mati wei! arin ni bukan nya pandai sangat pun.. time tu memang ramai orang yang takut sangat dengan pengetua sampai hampir seluruh kelas cakap nak dapatkan 9A.. fuuuhh, arin nak cakap nak dapatkan 9A tu kena fikir beribu kali jugak laa.. yela, 9A tu wei.. bukan senang nak dapat.. trial pun dapat 3-4 A je.. camne laa nak dapatkan straight A's? Allah.. masa tu memang macam-macam bermain di fikiran.. but time tu tuan haji ada cakap something dekat kita orang.. arin ingat lagi.. dia cakap "kalau orang lain boleh berjaya, dapat keputusan yang cemerlang, kenapa kamu tak boleh? apa yang bezanya antara kamu dengan dia? belajar dekat tempat yang sama, hirup udara pun udara yang sama.. apa yang bezanya antara kamu dengan dia? kalau dia boleh berjaya, kenapa pulak kamu tak boleh??" kata-kata tu memang berikan semangat dekat arin.. apa yang tuan haji cakap tu memang sangat benar.. arin tak nafikan.. lepas puas arin pikir, akhirnya masa depan pengetua hari tu.. arin pun cakap.. "9A, tuan".. then pengetua cakap.. "kamu sedar tak apa yang kamu cakapkan ni?".... hmmm? yes, arin sedar.. sangat-sangat sedar.. yeaahh! memang big big big matter.. kalau dah janji, tak boleh main-main dah.. janji depan tuan haji tu! gila ke nak main-main? dah janji, kena tunaikan jugak.. lepas daripada tu arin pun cuba laa yang terbaik untuk perform dalam PMR nanti.. but last2 arin terfikir something.. tetibe je muncul.. something yang nampak macam bagi jalan keluar untuk masalah arin..

arin terfikir untuk usulkan something.. mana tau kali boleh berjaya ke? tak kan laa arin nak tunggu sampai u nanti kot.. berkurun lagi tu... lepas puas planned and yakinkan diri.. akhirnya i told my mum..

"maaa... ermm, kalau akak dapat 9A PMR nanti... boleh tak akak nak masuk taekwondo balik?"

mak arin pun ape lagi kan.. mesti laa wat muka bosan je.. yelaaa, mesti time tu mak arin fikir "tak habis-habis dengan taekwondo je budak ni. tak da benda lain ke? minat sangat dengan taekwondo dia tu".. kaaaan? mesti mak arin fikir camtu... and korang nak tau mak arin jawap apa time tu?? mula-mula mak arin senyap je tau.. lepas tu dia cakap..

 "hmmm, tengoklah nanti".. 

whaaaaat? huhuhuhu... sobs.. mamaaa ni... kenapa lah susah sangat... apa lagi laa yang arin perlu lakukan untuk buat mama percaya that I AM SERIOUS with this taekwondo thing.. disebabkan arin tak puas hati jugak.. sejak dari hari tu, hari-hari arin tanya lagi benda yang sama... on and on.. sampailaah satu hari tu mak arin cakap...

"ermmmmm.. yela.. suka hati kau la"

ouh yes! that is it! words yang dah lama sangat arin tunggu-tunggukan.. hikhikhik.. memang arin tak sure yang arin boleh dapatkan 9A ke tak.. memang arin tak tahu masa depan nanti akan jadi macam mana.. but it won't hurt kan if we give it a try? tak kan laaa dah umur 20 lebih nanti baru nak pegang tali pinggang kuning kan? sedih betul macam tu.. kalau arin tak cuba sekarang, mungkin peluang tu tak akan datang lagi.. kalau arin boleh dapatkan 9A tu, yes.. it is a success for me la.. selangkah ke arah cita-cita yang tinggi.. but, walau arin tak dapat pun.. at least kita cuba kan?? nak berjaya tu susah.. sangat susah.. tak kan ada kejayaan yang jatuh bergolek macam tu je.. percaya lah..

hmmm.. korang rasa arin boleh ke dapatkan 9A tu? mustahil sangat ke? memang arin bukan budak yang sememangnya genius.. top student memang jauh sekali laa kan.. but time tu arin ada matlamat.. arin ada impian.. and yang paling penting sekali... arin ada semangat juang yang tinggi! yeaah!! masa tu, i told myself..

"the battle has begin azreen.. ini la permulaan nya. kalau ko fail, its over. no more taekwondo. no more martial arts. and mungkin tak akan ada peluang lagi dah.. but kalau kau berjaya, apa yang kau impikan selama ni akan ada depan mata kau je. just kena USAHA. yeah! usaha azreen! go, go! kau mesti boleh punya la! ingat.. kau dah janji depan pengetua, depan mak kau.. u won't let them down.. u won't.."

and after all those motivations that i gave to myself.., i started to work harder.. buat jadual belajar laa, buat latihan tu, buat latihan ni.. belajar macam orang nak gila.. tanya kawan pasal tu, tanya pasal benda ni.. last minutes baru nak usaha betul-betul.. memang macam dah tak sempat je laa kan? but arin sempatkan jugak.. ni jelaa jalannya.. PMR lagi sebulan je lagi.. kena belajar betul-betul.. arin siap pakai kata-kata semangat lagi tu.. wanna know what??

"PMR 9A, kick the target! taekwondo's style!" :p hahaha.. arin tulis kata-kata ni dekat jadual belajar arin..

and bila hari perperiksaan tiba, hanya Allah je yang tau macam mana masa tu.. arin dah usaha.. arin dah buat yang terbaik.. arin dah doa.. sekarang, cuma tinggal nak tawakal je.. dapat ke tak, tu urusan Allah.. kalau taekwondo tu memang terbaik untuk arin and arin layak untuk capai impian arin tu.. mohon Allah permudahkanlah..

hari semakin hari.. and tibalah saatnya.. semuanya akan terjawab time tu.. memang cuak habis laa.. duk terfikir ni.. dapat ke tak dapat ek?? trial dapat 4 A je.. boleh ke ni?

hmmmm... bila nama arin kena umum time tu.. rasa macam..... ntah! blurr sangat-sangat.. jalan pun macam lembap gila je time nak naik pentas tu.. time tu arin nampak.. tuan haji tengah senyum.... :)) tuan haji senyum?? waaahhh, mimpi apa arin ni? and time tu otak tak dapat nak fikir dengan jelas sangat.. arin duk fikir la.. apa yang arin wat kat atas ni? mimpi ke? Allah.. time dah ambik slip daripada tuan haji, arin terus tatap kertas keramat tu.. deretan A yang tercatat pada kertas tu betul-betul bawak arin back to reality.. betul ke ni? subhanallah.. arin tak terkata apa dah.. nak nangis pun macam tak terkeluar air mata dah.. if there's a will, there's a way.. Allah tu Maha Adil.. Allah tak kan biarkan hamba-Nya yang berusaha gagal macam tu je.. Alhamdulillah.. all praises to Allah.. arin memang tak sangka sangat time tu.. bila dah rasa macam otak dah normal sikit.. tiba-tiba arin teringat...

japppppp... kalau dapat 9A, maknanyaaaa..... boleh masuk taekwondo balik laaaa kaan? kan, kan? :) yeaaaayyy! finally... dari form 2 arin tunggu... fuh, segala puji bagi Allah..

bila arin tunjuk result tu dekat mak arin, mak arin mesti laa gembira kan? arin tahu.. kejayaan yang arin capai ni tak akan wujud tanpa doa, pengorbanan dan segala usaha daripada mak ayah arin...  thanks mum, thanks dad.. i love u both so much! and also credit to all my teachers, my friends yang sudi wat study group dengan arin, sudi aja arin and give support kepada arin.. 

time tu arin tanya laa mak arin.. 
"erm.. maknanya akak boleh laa kan masuk takwondo ni?"
mak arin gelak je.. then mak arin cakap..
"hmmm.. yela. masuklah taekwondo tu.. nak masuk sangaaat" :)

yiiihiiii!!! a dream comes true.
macam tak percaya sangat.. rasa nak ketuk kepala pun ada gak time tu.. betul ke ni? betul ke ni? hahaha.. betul laaa.. tak ada benda yang mustahil.. kita just kena usaha je.. kalau tak give up, mesti boleh dapat punya... korang pun kena macam tu tau! :)

and then, masuk je tahun ni which is arin dah form 4.. arin pun daftar masuk taekwondo balik.. hikhik.. :) dah lama sangat arin rindu nak pergi training.. masa daftar tu, mak arin pergi cerita dekat coach arin pasal arin kena dapatkan 9A tu..  mak arin cakap "dia ni kalau tak dapat 9A, jangan haraplaa saya nak bagi dia masuk taekwondo".. haish.. mamaa... lepas tu arin cakap laa dekat sir arin tu "sir, saya tak beli belt lagi".. then dia cakap "ouh, you dah tali pinggang kuning ke?" then arin angguk.. and wanna know what?? tetibe je sir arin cakap.. "ouh, tali pinggang you tak payah bayar.. sir bagi free.. hadiah daripada sir sebab you dapat 9A".. huh??? biar betul ni?? macam tak caya je.. hihihi, thank you sir.. dalam banyak-banyak belt yang sir bagi, arin paling sayang tali pinggang tu sebab belt tu memang sangat-sangat bermakna.. :) barakallah.. arin bersyukur sangat-sangat.. i got a nice coach, awesome instructors! n paling penting... dapat masuk taekwondo balik! ;)

and sekarang, semuanya nampak sangat jelas... jelas sangat-sangat.. memang betul laaa.. bila Allah nak bagi sesuatu tu, sekelip mata je.. kadang-kadang sampai kita sendiri pun macam tak sedar benda tu.. cepat sangat ia berlalu.. dulu, kemain susah lagi arin nak masuk taekwondo ni.. but sekarang.. semua nampak macam mimpi je.. sekarang dah dekat 10 bulan arin join taekwondo balik.. and i almost being a senior.. erm, senior ke? hikhik.. tak kisah laaa kan.. memang arin baru dalam dunia taekwondo ni, but arin akan berusaha untuk buktikan yang pun arin boleh setanding dengan diorang yang dah lama hidup dalam dunia taekwondo.. and kalau boleh, arin nak jadi far-far awesome than diorang.. but kena usaha betul-betul laa kan?

ok, cakap pasal nurul asfahlina tadi (atlet taekwondo negara).. sebenarnya arin sepatutnya ada peluang untuk jumpa dia!! but i missed it.. bulan 3 lepas, sir arin ada buat kem taekwondo dekat johor.. 4 orang atlet taekwondo negara join kem tu... and, asfahlina is one of them! wuu~ rugi betul laa.. arin tak tahu pulak yang dia ada time kem tu.. arin dah laa minat dia.. kalau laa arin tahu.. sobs.. :'( arin bukan tak nak join kem tu.. but mak arin memang confirm tak bagi punya laa.. yela, nak masuk taekwondo ni pun payah benar... apetah lagi benda-benda macam ni kan? gym pun ntah mak arin tak bagi pergi kut.. hmmm.. ntahlaa.. lagipun sebenarnya time tu arin kena balik kampung.. tu yang tak dapat pergi tu.. yela, cuti sekolah kaan..

ermm, walaupun arin dah dapat masuk taekwondo balik, tak semestinya mak arin dah dapat terima taekwondo tu sepenuhnya.. but, tak pe laa kan? sikit-sikit laa.. arin akan buktikan dekat mak arin yang arin memang betul-betul serious dengan taekwondo ni.. taekwondo bukan sekadar martial art je dalam hidup arin.. but it worth more.. bagi arin, sangat-sangat penting.. sebab tu laa arin kena make sure yang mak arin akan support jugak arin dalam bidang ni.. sekarang pun mak arin nampak macam dah terima sikit laaa.. bagus2.. perubahan positif! hikhikhik.. adik arin pun dah join masuk sekali.. and dia pun dah jadi gila taekwondo macam kakak dia.. hahaha :p tak pe, taekwondo dapat eratkan hubungan kita orang.. balik training je, mesti cerita macam-macam.. kau belajar apa la, tadi kau kena wat apa la, itu laa, ini laa.. :)  untung la dia.. kecik2 lagi dah dapat masuk taekwondo.. haha..

bila arin fikir balik.. fikir dalam-dalam.. mungkin memang ada hikmahnya semua yang arin lalui ni.. susah payah arin dulu, mungkin ada sebabnya.. Allah dah rancang semuanya dengan baik sekali... kita just kena percaya and sabar je..
bila arin fikir balik semua ni and arin ambik the positive side, arin rasa arin tahu kenapa arin memang patut berhenti taekwondo dulu.. hmmmm, mungkin dulu arin belum cukup bagus lagi ke dalam taekwondo ni? Allah nak suruh arin belatih sungguh-sungguh dulu.. baru arin boleh perform depan sir2 nanti.. arin memang akui, masa mula2 masuk dulu, taekwondo arin memang teruk sangat-sangat.. buat front kick pun macam ape je.. hahaha.. kelakar laa bila ingat balik.. masa arin kena berhenti taekwondo tu laa arin belatih sampai jadi pandai.. sekarang dah alhamdulillah.. semuanya nampak macam dah jadi senang je.. tak ada apa yang mustahil.. kadang-kadang, Allah tak bagi benda yang kita mintak tu time tu jugak.. tapi Allah simpan dulu sebab nanti Allah nak bagi kita something yang jaaaaauuuuuhh lebih baik lagi.. insya-Allah.. percaya lah..

erm, kalau arin nak cerita pasal taekwondo ni, seminggu pun tak akan habis punya.. hahaha.. maaf laa kepada sesiapa yang tak berapa suka baca entri ni.. sebab 95%  daripadanya asyik sebut pasal taekwondo je kan? haha.. asif, asif.. sebenarnya, main point yang arin share dekat sini ialah kalau kita ada keinginan nak capai sesuatu tu, kita memang tak boleh putus asa.. memang tak boleh.. kalau kita dah decided untuk angkat kaki and blah macam tu je tiap kali ada rintangan or badai, kita memang tak akan dapat capai benda tu sampai bila-bila.. korang ingat laa benda ni betul-betul.. TAK ADA APA YANG MUSTAHIL SELAGI KITA BERUSAHA.. kalau korang ada impian, and korang nak sangat-sangat capai benda tu, chase it! korang kejar laa walaupun korang kena naik kereta sport ke, naik kereta api ke, naik basikal ke, naik siput ke, ape ke.. kejar laa.. benda tu memang tak kan dapat kita capai dengan mudah.. but once korang dah ada dekat atas, right next to your dream, time tu korang akan tau apa hikmahnya semua benda yang korang lalui tu.. bersyukurlah.. and jangan lupa, keep the dua with you! doa tu senjata orang mukmin.. nak tembak impian pakai apa? pakai machine gun ke, pistol air ke, lastik ke, dakwat sotong ke, tu semua pilihan korang! arin harap cerita and benda yang arin cuba sampaikan ni dapat inspire someone dekat luar sana.. semua yang arin ceritakan ni adalah benar-benar belaka.. tiada elah dan tiada syaz.. hahaha.. semoga korang dapat capai apa yang korang idam-idamkan..:) amin.. insya-Allah... teruskan usaha! kalau korang rasa tak akan ada orang yang bakal support korang nanti, korang kena pandai2 la support diri korang sendiri.. semua keputusan terletak kepada diri kita sendiri.. kalau kita kata nak, kena dapatkan jugak! ok?? dapat kaan apa yang arin cuba sampaikan ni? :) kalau dapat, good.. fikir-fikirkan laaahh.. ok la, sampai sini sajalah entri arin kali ni.. :) semoga bermanfaat.. may Allah bless..

eh, jap! arin nak mintak pendapat sikit.. ermmm, korang rasa perempuan patut ke belajar martial art ni? patut ke? korang rasa macam mana? hmmmm, arin teringin gak nak tahu sebenarnya.. so do leave me your comment, ok?  :) ok laaa, bye..  Assalamualaikum.. 

Friday 18 October 2013

Dakwah??




Asalamualaikum... hye, dh lama arin x tulis an? huhuhu.. asif, asif.. gelombang exam msih menguasai.. dkt bln 11 bru hbis exam.. sobs.. k, dakwah.. dakwah tu mmg perlu.. Islam mnyuruh umatnya menyampaikan dakwah walaupin hanya sepotong ayat.. mungkin kita pun msih dlm proses belajar.. but, apa salahnya dalam kita belajar, kita ajak orang lain sekali join kita membaiki diri kan? manusia tu mudah lupa.. ya, itu memang hakikat.. bukanya majaz.. :p jadi.. sebagai sesama saudara, kita haruslah saling mengingati... ;)

apa kelebihan berkongsi ilmu ni? hmmm...

first, sure2 laa dapat pahala.. :)

second, diberkati di dunia dn diakhirat.. :))

third,  dapat berkongsi kenikmatan dn kebahagiaan yg dirasai..
ok, kita memang sama-sama masih belajar... dalam kita tengah belajar tu.. macam-macam perasaan yang kita rasa kan?.. c0ntoh? gembira.
apa yang membuatkan kita gembira? tentulah bila kita mengetahui fadhilat or kelebihan amalan yang boleh dilakukan.. contohnya? hmmm.. orang yang solat sunat sebelum subuh, kelebihan berpuasa enam, dan macam2 lagi.. semua tu Allah janjikan ganjaran yang besar sahabat..
bila kita kongsi rasa excited yang kita rasa tu dengan orang lain, mesti kita akan jadi lebih bersemangat kan? betul tak? ke arin je yang rasa macam tu? 
moreover, bila kita share benda yang baik, and benda tu boleh menambah ilmu seseorang, kemanisan hidup itu tu sedikit sebanyak mesti dapat kita rasa kan? insya-Allah.. :)

and.. bila kita rasa insaf sangat bila dapat tahu sesuatu ilmu itu.. kenapa kita tidak cuba kongsi je benda tu dengan orang lain? mungkin bukan kita je yang tidak tahu.. diorang pun mungkin tak tahu or masih blur2 lagi.. diorang pun perlukan cahaya juga kan? ;p jadi, kongsi jelaa.. kita tak akan rugi apa pun.. :) malah, sedikit sebanyak.. dalam kita cuba membaiki diri, ada juga orang orang yang nantinya boleh mengingatkan kita jika kita khilaf.. kita memang mudah lupa, sahabat.. sahabat yang saling mengingati ke arah kebaikan itu adalah sahabat yang terbaik.. :) susah nak cari sahabat macam tu.. but, kalau kita start untuk jadi sahabat yang baik untuk orang yang ada di sekeliling kita, insya-Allah Allah akan kirimkan kita sahabat yang baik.. janji Allah itu pasti kan? :)


kadang-kadang orang tu dah ada niat nak berubah ke arah kebaikan.. tetapi dia masih takut or ragu-ragu.. dengan adanya medium or pembakar semangat yang sering didedahkan kepadanya, insya-Allah benda tu boleh naikan level confident dia, tetapkan niat dia untuk berubah.. kan gembira tu kalau dapat tarik orang ke arah kebaikan? kita mesti tak nak tengok dorang sesat kan?



yupp!! :)

sahabat.. jomlah kita ajak sahabat-sahabat n orang yang ada di sekeliling kita untuk kejar ganjaran Jannah yang indah tak terkata tu.. kalau bukan jannah yang dikejar, apa lagi yang tinggal selain an-nar?






bila kita dah pasang niat nak berubah ke arah kebaikan, memang lah bukan sesuatu yang mudah.. memang banyak dugaannya.. tambah kalau nak ubah benda dah macam darah daging kita sendiri..  memang susah sangat.. arin tak cakap semua tu senang.. but kita mesti cuba jugak.. tak apa, sikit-sikit laa.. bila dah biasa nanti.. insya-Allah akan jadi ok.. :) and.. korang tahu tak?




insya-Allah..  :)

Arin dah dapat rasa semua ni.. alhamdulillah.. arin dapat sahabat2 yang baik.. yang setia.. yang tidak pentingkan benda lain dalam menjalani persahabatan.. sahabat yang bukan sahaja ada time kita happy je, but time kita sedih, time kita perlukan semangat, time kita perlukan jawapan bagi semua benda yang buat otak kita serabut.. and macam2 lagi.. but, the most important thing adalah sahabat yang selalu ingatkan kita bila kita buat silap.. ya, sahabat macam ni la yang kita perlukan.. sahabat yang jalinkan ukhwah fillah! :) arin bersyukur sangat sebab Allah hantar diorang untuk jadi sahabat arin.. all praise to Allah. Inna uhibba hunna fillah abadan abada! arin harap korang pun akan dapat sahabat yang baik macam diorang.. amin.. :) insya-Allah.. :)





arin pun manusia biasa.. masih cuba baiki diri.. bnyak sangat ilmu yang arin kena tuntut di muka bumi Allah ni.. jadi arin pun masih dalam proses belajar.. masih berperang dengan diri sendiri.. berperang untuk berubah ke arah kebaikan.. memang perlukan senjata yang kukuh dan canggih.. perlukan supply daripada pembekal.. sape? guru, sahabat yang baik, orang yang berilmu dan banyak lagi.. kalau arin buat salah, korang pun tegur laa arin.. :) n macam yang kita tahu..  jihad itu penting.. but jihad yang paling besar sekali adalah jihad melawan nafsu and diri kita sendiri! memang the most ultimate war laa. but, kalau kita ada niat tu, Allah akan bantu.. Allah akan permudahkan.. insya-Allah.. :)

ok laaa, sampai sini je ek entri kali ni.. arin kena study.. kalau tak, kantoi laa kimia arin nanti.. hehe.. :p kalau subjek lain ok lagi.. but kimia ni... hmmm.. tak terkata dah.. haha.. ok laa.. bnyak lagi kelebihan dakwah ni sebenarnya.. but hanya ni je yang arin mampu tulis kali ni..



Amin..Amin, Amin ya rabbal alamin..




kita semua masih belajar... tidak perlu kita perlekehkan orang cuba memberi dakwah kepada kita.. mereka juga masih berada di dalam proses pembelajaran.. arin pun mintak maaf kalau arin ada sakitkan hati sesapa di luar sana.. arin hanya ingin berkongsi sedikit ilmu yang arin dapat.. semoga bermanfaat.. :) ok laa, sampai sini sahaja entri arin pada hari ni.. bertemu semula pada minggu akhir exam.. hahaha.. semoga Allah sentiasa memberkati kalian.. Amin.. happy2 selalu ok? jgn stress2 sangat.. bergembiralah dan nikmatilah kehidupan ini selagi kita diberi peluang oleh-Nya..:) tetapi, bergembiralah mengikut syariat..  akhirul kalam, Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatahu.. 


Tuesday 15 October 2013

Salam Imtihan...

Assalamualaikum.. hyep.. haha.. arin sekarang sebenarnya tengah stress sangat-sangat.. why? fuuuusshhh.. exam month! huahuahua... rasa mcm terbalik jugak dunia dengan exam ni.. jalan pun macam tak cukup tanah.. buku memang dah jadi cam belangkas laa.. kahkahkah.. ni la dia orang kalau last minute baru nak gelabah.. memang waktu tu berlalu macam air terjun je.. tau-tau je balik sekolah dah nak kena hadap buku.. lepas habis satu kertas, hadam buku balik.. hmmm.. bila nak habis ntah.. dah laaa ada 27 paper! wooow... spm nanti kena harung 25 paper? ya Allah.. bantulah hamba-Mu ini.. ni pun baru 11 paper dah lepas.. huhu.. 16 to go meh.. sobs.. exam akhir taon pun dah rasa cam tinggal separuh nyawa.. macam mana spm nanti? dream high konon nak dapatkan 11A.. I REPEAT, 11A??? memang impian tinggi habis...sekarang ni tengah exam pun arin sibuk duk buat blog pulak.. huahuahua.. ntahpape je kan? tak pe lahh.. tak nak hadap buku je kan? silap-silap hari bulan tengok orang pun nampak cam buku.. hahaha.. ok laaa, nak cover lagi satu bab sejarah before tido..(itu pun kalau sempat habis satu bab laa.. haha.. maklumlah..baca sambil baring..style yang tak boleh diubah..:p tapi memang macam tu laa cara arin hadam buku.. weird.. kalau orang lain, tak sampai satu minit dah belayar.. arin tahan sampai tiga empat jam.. hahaha) ok, ok.. enough mengarut.. time to meet mista sejarah yang dah bising dok memanggil-manggil.. salam imtihan kepada para sahabat-sahabatku.. :) semoga Allah mudahkan urusan kita semua.. semoga kita dikurniakan kesihatan sepanjang menghadapi minggu peperiksaan ini.. Aminn.. bittaufiq wannajah!
ma'as salamah wa ilal liqo'..:) Assalamualaikum..


Bacalah dengan nama tuhanmu wahai sahabatku..semoga Allah merahmati kalian..:)






Semoga mendapat keputusan yang cemerlang.. :)



Monday 14 October 2013

Be A Good Person And You'll Look Beautiful..:)

Assalamualaikum..salam ukhwah..syukran kasiran kerana sudi meluangkan sedikit masa berharga anda untuk melihat blog ini..:) arin baru je buat blog ni..hehe..npe? sebab arin suka menulis..hmm..terfikir jugak nak buat buku satu hari nanti..erm..nantilah..ok, back to the topic..be a good person and you'll look beautiful? hmmm..kenapa ye orang yang alim tu bila pandang nampak smart je...sejuk je..kalau tengok lama-lama pun rasa tenang je..kenapa ye? hah, tidak perlu wonder sahabat..itulah kelebihan yang telah Allah SWT kurniakan kepada mereka yang sentiasa mentaati perintah-Nya..mengamalkan segala suruhannya..semuanya bermula dari dalaman..kalau dalam kita baik, bersih..semuanya akan terpancar pada wajah kita..:) kadang-kadang mungkin orang tu tak ada laa handsome mana, but nur cahaya yang terpancar di wajahnya sahaja sudah boleh memikat orang sekeliling..waahhh..bahaya ni..hahaha...tapi memang itulah hakikatnya..orang yang baik pasti dikasihi ramai..jadi marilah kita berusaha untuk memperbaiki diri dan berubah ke arah yang lebih baik..n next, you'll look good..insya-Allah...spread the good things among your friends and you'll live in barakah..:) 

Macam mana nak tolak salam lelaki ajnabi?

Assalamualaikum.. kaifa halukum jami'an? arin harap korang sentiasa berada di dalam perlindungan Allah selalu.. Amin.. ok, kali ni arin nak kongsikan cara2 untuk menolak salam.. hmmm... tolak salam? patut ke? kalau salam sesama jantina, tidak.. tetapi.. kalau salam daripada lelaki ajnabi, harus ditolak! kenapa? kerana haramlah sayang.. ok, macam mana nk tolak ye? hah, kadang-kadang kita memang berdepan dengan situasi sebegini.. terutama sekali apabila berdepan dengan lelaki yang bukan beragama Islam.. mungkin mereka memang benar-benar tidak tahu.. jadi kita tidak boleh menyalahkan mereka seratus-peratus..yang wajarnya... sebagai seorang yang beragama Islam, kita haruslah menunjukkan identiti kita sebagai wanita muslimah.. dengan.. menolaknya dengan cara yang berkhemah.. Islam ialah agama yang mudah.. jadi pasti ada jalan penyelesaiannya..:) jangan risau ukhti, Allah sentiasa melindungi hamba-Nya.. kita memang pasti akan berdepan dengan situasi begini.. tetapi.. belajarlah untuk handlenya dengan berkhemah.. semoga kita sentiasa diberkati oleh Allah SWT.. Aminn...

Begini caranya ukhti..:)

Pray for our sedara out there!


Assalamualaikum...sahabat, marilah kita bersama-sama menadah tangan dan berdoa kepada saudara-saudara kita yang ditindas di luar sana..mungkin kita hanya manusia biasa dan masih kecil untuk melawan mereka..tetapi..doa itu ialah senjata yang paling berkuasa..Allah sentiasa Mendengar rintihan hamba-Nya..doa merupakan senjata orang mukmin! keep the dua..insya-Allah Islam akan menang pada suatu hari nanti...Islam akan bangkit! itu janji Allah SWT..:) Allahu..




Innallaha ma'ana. :)


Assalamualaikum..hye..welcome to my blog. :) Arin just manusia biasa. Arin perlukan kawan, Arin perlukan family. Arin juga perlukan crying shoulder whenever i cry..but fitrah manusia itu perlukan tuhan..buktinya? manusia kalau berada di dalam kesusahan mesti mintak pertolongon daripada-Nya kan? korang rasa kenapa? hmmm..sebab..itu memang fitrah kita sebagai manusia..tetapi sebagai hamba-Nya, kita tidak boleh mengingati-Nya hanya ketika kita berasa senang..bila kita berjaya, bila kita gembira, bila kita mendapat rezeki, we should say..Alhamdulillah..All praise to Allah..semoga kegembiraan yang kita miliki mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T ..:) Amin..Allah sayang kepada kita..tapi sayangkah kita kepada Allah? Allah sentiasa memberi rahmat-Nya kepada kita, tetapi adakah kita berhenti sebentar dan bersyukur di atsa rahmat-Nya? manusia mudah lupa..and manusia mudah leka..but kita haruslah saling ingat mengingati..bersama-sama berusaha mengerjar redha-Nya..and tetapkanlah matlamat that aim to Jannah! :) Allahu..kalau kita merasakan kita jauh daripada Allah..carilah ikhtiar untuk kembali mendekati-Nya..please re-check yourself..ingatlah..jika ditanya Allah itu berada di mana..sesungguhnya Allah itu dekat...selangkah kita mendekati Allah,beribu-ribu langkah Allah datang mendekati kita..Allahu Akbar! jangan pernah hilang harapan kepada Allah..hanya Dia-lah kekasih yang abadi..:) subhanallah..

written by, 
Arin Azreen